Erina Asmawani

My photo
La Tahzan. Allah ada. Dia maha mengetahui, maha pengasih lagi maha penyayang :)

Your Friendly Coway Agent

Your Friendly Coway Agent

Wednesday, March 02, 2011

B2B: Kad kahwin selamat dilayangkan

Semalam masa waktu lunch lari kejap pergi pejabat pos nak mengepos kad kahwin. Sekarang ni setiap waktu free adalah emas. Kena gunakan sebaik mungkin sebab rasa macam sangat kejap sangat je nak ke tarikh 2 April,banyak lagi yang nak kena buat ni. Sesampai kat sana teruslah gi kaunter nak beli setem. Kakak kaunter tu tanya, nak pos apa. Aku cakaplah nak pos kad kahwin. Dia suruh aku tunjuk kad kahwin aku tu sebab dia nak tengok size & corak envelope kad kahwin tu. Ingatkan kena guna setem 50 sen ke 60 sen ke sebab member2 aku harga cakap setem sekarang dah mahal, sekali rupa2nya kena setem 80 sen. Erk! Agak terkejut aku di situ. 

Aku tanye lah kakak kaunter tu nape mahai sangat harga setem ni kan. Dia cakap sebab sekarang ni harga setem kena depends on size kad & corak2 dekat envelope kad tu. Makin besau & makin banyak corak2 atas envelop kad2 tu, makin besau lah gamaknya harga setem yang kita kena guna. Ohhh..itu macam kah? Sudah tukar kah sekarang? (gaya cakap Babyface). Hmm..80 sen pun 80 sen lah kak. Janji kad aku sampai ke destinasinya dengan selamat. InsyaAllah. Nak degil2 pakai setem 50 sen kang, dibuatnya posmen tu marah, dicampaknya kad aku ke longkang lagi sedih kan. Isssh..mintak dijauhkan la perkara2 gini ye.


Padahal kat envelope ada corak rerama seketoi ni je.
Takpelah, yang penting kita ikhlas, apa ada hal dengan harga setem kan? ;)

So, kepada B2B sekalian, ni ada sedikit tips mengepos kad kahwin untuk dishare bersama:

1) Tunjuk kan dulu kad kawen yang nak diposkan tu dekat orang yang jaga kaunter tu, biar orang tu bagitau kita kena beli setem harga berapa.
2) Sediakan wang extra semasa hendak membeli setem.
3) Kalau boleh, envelope kad tu biar kosong je supaya kena cas 50 sen je. Jimat dah kat situ. Hehe. 




P/s: Alhamdullilah, batch pertama kad kawen dah selamat diposkan. Esok 2nd batch pulak ;) 

9 comments:

Pn.Ibu said...

menanti2 kad kawen erina...Insyallah kite dtg.... xoxoxo

CaDLyNN said...

ena...aku nak kad!! :)
ntahla pi ke tak kenduri karim..die jemput aku ke? hahaha
al-maklum..aku ni low profile skit masa kt project kan kan..depa tak kenai..wakakakaka...

Izzatul Azma said...

hari tu dah ready mental dh dengan harga setem 60 sen. x sangka lak corak2 kt envelope tu pun mempengaruhi eh yunk..

okay, noted! nnt iza punya envelope kosong je :P

Siti Humairah said...

simpan je la 80sen tuk aku tu na,,kite jumpa weekend erk,,*mahai betoi la setem la ni,,*

Erina Asmawani said...

Puan Ibu:
Dah dapat tak? nanti kita jumpa k ;)

Lynn:
Ok dear..nanti aku post k.Dun worry..mestilah ada kad tuk ko ;)

Erina Asmawani said...

Izza:
Tula..ena pun baru tahu masa pos aritu..huhu.Tak pun kan yunk, izza request 2 jenis envelope. Plain n corak. Plain tuk pos. Corak tuk bg by hand ;)

Umie;
Ok miee..tau xpe..depa naikkan gaji posmen, lepastu naik kan harga setem jugak. Bagus betol lah

pRincESs_N said...

adehh...setem da 80sen..card 60sen..cost utk kad da singgit lebey...adehh..

Siti Humairah said...

tu la,,korang nk nekkan gaji posmen nekkan je la,,apa apsai kami yg kena cas lebey plak,,

ayuorked said...

suke blog u.. follow me back :)









Copyright to ERINA ASMAWANI
Designed by UMIESUEstudio 2015