Erina Asmawani

My photo
La Tahzan. Allah ada. Dia maha mengetahui, maha pengasih lagi maha penyayang :)

LOVE COWAY


Monday, February 28, 2011

Just 32 days to go :)

Esok dah masuk bulan 3. Terasa sangat2 sekejap masa berlalu. Macam pejam celik pejam celik je. Lagi 32 hari saya akan bertukar status. Perasaan saya? Mestilah happy ;) tapi perasaan nervous lagi lebih daripada perasaan happy sebenarnya. Bulan 3 nanti, entry saya akan lebih kepada persiapan saya menuju hari bahagia saya. Kiranya my B2B month la, all about my preparation for my BIG day. Semua akan saya share kan dalam blog kesayangan ni, untuk share dengan anda semua dan juga untuk simpanan kenangan terindah saya untuk masa depan kelak ;) 

Bulan 3 pulak saya memang super busy, dengan kursus selama seminggu dekat Port Dickson nanti, dengan internal training lagi.Huhu.Harap2 saya dapat buat semua persiapan saya dengan tenang. Taknak kena syndrom bridezilla,bakal pengantin yang depress. Oh tidak! Mintak dijauhkan. Sekarang ni persiapan cuma nak fokus dekat wedding favors, nak touch up sikit2 lagi bilik tido, barang2 hantaran & fitting baju. Oh ye, lagi satu kad kahwin. Sekarang tengah operasi melayangkan kad kahwin. Fiuhh~ Semoga segala persiapan berjalan lancar. Aminn ya rabbal alamin~


Saya si penghitung hari..
Gambar kredit adik Keri :)
Eh..eh..jadik pantun dua kerat pulak



P/s:Kawan-kawan..doakan saya ye ;)

Friday, February 25, 2011

From Lanchang with love (Part 3)

Sambungan dari entry From Lanchang with love (Part 2). Selagi tak habis cerita pasal aktiviti kami kat Lanchang nun, selagi tu la rasa macam berat je nak buat entry baru. Ni episod terakhir ok.Jadinya banyak gambar akan ditempekkan dan biarlah gambar2 itu yang bercerita (let the picture tell the story). Aku story sikit2 je la ye.

Lepas seronok bergelumang dengan haiwan2 kat Deerland park tu, cepat2 kami balik ke rumah Wafa semula. Gotong royong tolong dia masak2 secara pantas. Sebab tengahari tu ada majlis housewarming. Wafa baru pindah rumah baru ;) So macam ada makan2 sikit lah, with us (geng memuah) dan opismate beliau.




Ini lah Cik Wafa kita selaku tuan rumah
Bersama2 housematenya, Nadiah ;)


 Nasi Ayam buatan Wafa yang perghhhh!!!
Nyam nyam


HOMAIGOD!!
Kek coklat yang dibuat oleh Wafa dengan penuh kasih sayang
Terbaikkkkk wehh! Nyam nyam.
Erghh! Tetiba teringat2 pulak..huu


Dah habis  makan2 kenyangkan perut, kami terus siap2 pergi ke Kuala Gandah. Yeayyy! Tempat yang paling2 ditunggu oleh semua geng Memuahhh especially aku!! Apa yang menarik sangat dekat tempat ni eh?? Jeng..jeng..jeng...





3 orang gadis sedang  menunggu giliran untuk 
melakukan sesuatu aktiviti.
Melakukan sesuatu? Aktiviti apakah itu??





Aktiviti Menaiki Gajah!!!
Hohoho.
Eksaitedddd!!






Memula ingatkan masa naik gajah ni, ada lah seat kat atas gajah tu kan. Takdelah rasa cecuak, tapi bila tengok takde apa2 kat atas badan gajah tu, duduk gituuu je,timbul sedikit rasa cuak. Sikit jela tapi ;p Gayat yang lebih sebabnya gajah tu punyalahhh tingggi!!



Yeyeahhh! Kami yang keseronokan menaiki gajah. Hehe. Padahal gajah tu bawak pusing tak sampai 5 minit pun. Eksaited kami je lebih. Ehhh..mestilah eksaited, bukan semua orang dapat naik gajah kan. Nak2 free..tak payah bayar. Haruslah lagi seronok ;p. Actually tempat yang kami pergi ni ialah dekat Pusat Konservatif Gajah, Kuala Gandah. Tak perlu bayar apa2 untuk tiket, cuma tiket free tu akan diedarkan terhad 150 keping je setiap hari kepada pengunjung. Jadi, siapa cepat, dia lah yang dapat. Boleh booking jugak. Nak tahu lebih lanjut, klik kat link atas tu ye.







Suka tengok gambar ni sebab tengok kaki gajah tu..comelllll kan. Macam gajah tu tengah berjalan2 riang ria sambil menyanyi. Lalalaa~. Jangan nak riang ria sangat kau gajah, tak nampak aku kat atas nun, terpaksaaaa pegang pinggang abang gajah tu hokey (matiklah panggil abang gajah.haha) sebabnya bila gajah tu bergerak, automaticly terasa badan tak seimbang dan rasa macam nak tergolek kebawah. Huhu. So, nak tak nak, terpaksalah pegang abang gajah tu kan. Padahal sebelum mula gajah tu bergerak, abang gajah tu dah cakap, pegang baju dia, sebab nanti terasa macam nak jatuh, aku tak nak..kekonon tak pe lah kalau tak pegang kan. Sekali kau..gajah jalan je, aku dah cecuak!Terus pegang kuat2!! Demi keselamatan ku.Masa ni lagi 45 hari nak jadik pengantin, boleh pergi naik gajah pulak kann. Hoho. Takde pantang darah manis betul ;p


Pastu sesi membelai2 si jumbo. Anak gajah comel2. Ada dua ekor. Sekor capik kakinya sebab kena jerat..huhu..poor jumbo, sekor lagi sempurna fizikalnya. Manja gila ok anak2 gajah ni, rasa nak amik sekor bela dekat umah.




U see..u see..very the comel kan dis Jumbo!!
Hololololoh.Eee..dah la manja. Geget kang!

Kemudian, jumbo 2 ekor tu di bawak ke sungai untuk aktiviti "Mari mandikan gajah".Ye..semua orang pun boleh join mandikan gajah ni. Ada jugak aktiviti " Dihumban ke sungai oleh gajah". Haha..ye..memang ada. Pengunjung hanya perlu naik ke atas gajah, then gajah tu jalan 2 -3 langkah, terus dia humban orang atas dia tu ke dalam sungai. Cara gajah tu humban,dia (gajah) akan jatuhkan badan dia secara mengejut, kenonon macam terpeleot la. Wehuuu. Nampak macam menarik kan.




Tengok tu, punyalah asyik diorang memandikan anak2 gajah tu. Tourist lagi lah, siap pakai bikini lagi tau. Aww..so sexyy. Aku rasa lelaki2 yang tengok tu pun bukan fokus kepada anak gajah yang dimandikan, lebih fokus kepada awek2 mat salleh yang pakai bikini tu. Cuci2 mata ;p Aku pun memula agak eksaited nak join mandikan gajah ni, sekali tengok ada sekor anak gajah ni beraks dan najisnya terapung2 dalam sungai terus CANCEL!! Geliks laaa.Huhu. Pukul 3 lebih camtu kami pun pulang sebab kena cepat2, nak buat satu lagi aktiviti lepastu. Yeayy~



Dari kiri: 
 Keri yang bawak perdana exec laju gila siap buat lap leper lagi, 
Cembam a.k.a Najwa,wife Hemy yang pendiam..hehe 
Hemy yang automaticly jadik agak pendiam
 jugak sebab bini dia ada. Dia kena behave.Hahaha
Kak Masy dan Kak Aima yang comel momel
Memuahhh!




Balik semula ke rumah Wafa,kemas2 bag, pukul 5 terus pulang. Tapiiii..sebelum pulang kami singgah ke Bukit Tinggi dulu. Hoho. Seronokkkk!!! First time pergi kat Bukit Tinggi nih. Bak kata kak Masy, tak dapat pergi France, pergi France yang imitation pun jadilah. Lol. Apa lagi, dah sampai tempat cantik, haruslah aktiviti bergambar dijalankan ;) Sayangnya encek tunang takde, kalau tak mesti dah boleh buat pre wed photoshoot ;) Maceh tak terhingga kat Keri & Hemy selaku menjadik photographernya.Almaklumlah, mereka dua je yang ada kamera canggih ;p Nah, layan pic2 maveles hasil tangkapan mereka ye.Super2 cantik!!Haa..kali ni baru betul2 let the picture tell the story, aku dah ponek nak menaipnya. Enjoy the pic ok.Hee..










Ok, cukup la tu ye..letak lagi banyak gambar kang berpinar pulak mata anda semua. So, itulah aktiviti kami sepanjang 14-15/2. Menghabiskan masa bersama geng memuah tersayang. Pada sesiapa yang tak tahu, gelaran geng memuah ni dibagi oleh Hemy untuk blogger2 yang rapat dengan dia. Tak tahulah macam mana, dari kawan biasa2 je, sekarang kami jadik close together.We are more like brother & sister. Chemistry kami kuat kot ;) Macam tak sangka je kan, dari dunia alam maya ni, kita boleh jumpa kawan yang betul2 kawan ;). Kepada Kak Masy, Kak Aima, Wafa, Keri & Hemy, maceh banyaaaaaak2 untuk trip yang best ni. Untuk Kak Zona, Jard & Bella jangan tak join pulak Memuah trip pergi Penang Jun nanti hokey (eh, kak Zona memanglah wajib join kan.Hehe). Kita kasi gegarrrrr Penang nanti! Weehuuu ;) Sayang kamu2 semua. Memuah~






P/s: Fuuhh..lega..takde pending entry pasal Lanchang dah ;)


Thursday, February 24, 2011

Entry ini buat saya happy sepanjang hari ;)



Klik sini




Terima kasih Hemy sebab buat entry ni.
Serious aku sangat happy ;)


P/s: Kalau ada malware detected bila bukak blog dia, try bukak pakai mozilla ok. Kalau ada jugak, klik proceed anyway je :P

Edisi B2B: Lagi kisah kad kahwin

Menjawab soalan cik Sapphire pada entry yang lepas, dekat mana saya tempah kad kahwin? Cik Sapphire,saya tempah dekat Amazon;). Saya tahu pasal kedai ni masa pergi karnival pengantin bulan 12 haritu. Sebelum tu mestilah survey2 dekat kedai lain jugak kan.Kenapa saya pilih Amazon ni instead of kedai2 kad yang lain? Of koz la sebab harga & pekejnya yang sangat menarik.Nak tahu apa pekejnya? 


Harga kadnya 79 sen sekeping.
Simple yet very cute. Sukaa! :)
 


Lepastu dapat FREE...


 1000 pcs kotak muffin ni.Muat2  untuk letak muffin.
Nak bubuh telur or coklat or bahulu or gegula pun boleh.
Dah save banyak untuk doorgift kan.


Oh oh..bukan tu je..dapat FREE

 2 bunting panjang jugaaa!
1 untuk reception belah saya,1 untuk reception belah lelaki nanti.
Senang. Tak payah tempah2 kat kedai bunting dah ;)


Menarik bukan? :) Bagi saya harganya tu  sangat berbaloi. Tak tahulah kalau tempat lain ada lagi murah. Bagi saya (lagi), as long as kad tu bawah RM1 tu kira okla kan. Jangan terlalu murah or terlalu mahal. Yang sedang2 je. Ikut kemampuan masing2. Yang penting ikhlas ;).

Saya tempah kad ni dekat Amazon Shah Alam.Dekat seksyen 7, sederet Nasi Lemak Cinta Sayang yang baru. Senang kalau kedai kad dekat2 dengan rumah ni sebabnya senang nanti kita nak datang tengok draft kad , nak betul2kan mana yang patut & nak collect kad nanti.Service nya pun bagus.Kad siap on time. Highly recommended! Para2 B2B sekalian yang belum tempah kad kahwin lagi, silalah riki-riki kedai Amazon ni ok.(Perghh! Riki-riki..dah macam gaya rempit plak. Haha). Riki-riki maksudnya ialah jenguk2 or usha2 la. Bahasa bebudak zaman sekarang. Hehe.Kalau pergi karnival pengantin nanti (yang akan datang), confirm lah jumpa booth Amazon ni.Banyak jenis kad  & kotak boleh pilih kat situ nanti ;).



P/s: Oooo..dah tahu dah, asal entry pasal kawen je mesti guna "saya-saya". Automatik.Rasa lebih sopan sikit kan ;p

Wednesday, February 23, 2011

Edisi B2B: Kad Kahwin - Done! :)


Alhamdullilah, siap akhirnya kad jemputan ku.Happpyyyynyaaaa..
Perasaan sekarang adalah berbunga2 cinta.
Jam dah pukul 1 pagi tapi aku gigih lagi melipat2 kad ni
Excited!!

\(^_^)/

Nampak lagi comel banding dengan soft copy. Puas hati sangat lah.
Berbaloi bayar 79sen sekeping.
Masa untuk melayangkan perutusan raja sehari. Yeayy~




P/s: 5 weeks left! Dup dap dup dap

Tuesday, February 22, 2011

From Lanchang with love (Part 2)

Ini ialah sambungan dari From Lanchang with love (Part 1). Sebelum tu diberitahu awal2 yang entry ni penuh dengan gambar2 haiwan.Kang jangan pengsan pulak melihatnya .Wokeh, kita sambung balik,disebabkan malam sebelum tu kami gigih main saidina sampai pukul 3.30 pagi kan, jadinya esok pagi nya aku terasa macam ada kura2 atas mata. Punyalah susah aku nak bukak mata ni .Ngantoookkk!Tapi memikirkan aktiviti yang nak dijalankan pada haritu, terus aku bersemangat waja bangun siap2. Setiap masa di Lanchang adalah sangat berharga.Yeahhh!!Haiwan2 tersayangggg..tunggu aku melawatmu!! Ye, pecinta haiwan sejati memang macam ni, excited dia lain macam sikit. Haha.Lebih kurang pukul 945 pagi macam tu kami pun gerak ke tempat destinasi


Kami yang bersemangat waja. 
Dari kiri Kak Masy & Kak Aima

Destinasinya ialah ke Deerland. Oh, i'm lovin' it. Tempat ni ala2 macam zoo tapi versi kecik. Yang bestnya kat sini, semua haiwan2 kat sini kita boleh bagi makan & pegang2. Bukan takat pegang2, nak gomol2 diorang pun boleh. Comel2 sekelian, come to mommy come. Haha


Sebelum masuk bayar tiket RM7 sahaja.
Kak Masy selaku model tiket. Hehe

Memula harusah bagi si rusa2 ni makan. First time ok bagi makan kat rusa. Memula excited gila, tapi masa nak bagi tu, terasa cuak2 sikit, takut digigitnya tangan kita sekali. Gigi rusa tu dah la besau. Tapi bila dah lama2 dah tak takut dah. Rusa yang takut dengan aku.Haha. Ish..geram tau. Penat aku aku kejau sekor2 nak  bergambar2 ala2 mesra peluk2 gitu, tapi harammm..semua malu2 kucen rusa. Aku PANG! montot tu kang baru tau. Haha


Aloloh..meh mommy suap keledek meh.
Apesal aku tengok rusa ni macam anjing plak dah.



Nak lagi?
Lompat..lompat..come and catch it!
Kau mampu bagi makan rusa sambil mulut muncung macam tu?
Hahaha. Agak sengal disitu


Masa untuk masuk ke dalam sangkar rusa untuk mencarik mangsa.
( kekonon aku jadik musang lah ni).Hohoho


This one very good boy.Aloloh
(Eceh, masa ni nak pegang tapi ala2 macam takut sikit, sebab tu pegang jejauh ;p)



This one very very notty anak rusa.
Haipppp! Biasa lagi dia nih!
(anak rusa tunduk bersalah)


Come deer. Catch this! Come!
Kekonon nak ajar rusa ni lompat macam kucen la.


Bersama rerusa yang comel. Rasa macam nak duk lama lagi dalam kandang rusa ni tapi tak tenteram aku tiap kali ada sekor burung unta tu datang dekat.Takut dia patuk!!  Kesian  pun ada ngan burung unta tu, dah la sekor2 je tersesat kat kandang rusa tu, tidak disenangi orang ramai pula. Huhu. Poor ostrich.Mesti dia lonely.

Kemudian ke tempat burung puyuh pulak. Kompiden la pulak aku ingat tu burung kiwi. Hoho. Yela, dia tak terbang, setahu aku burung kiwi je burung yang tak terbang kan.Burung kiwi ada kat Malaysia ke? LOL


 Bagi makan dedak.Chip! Chip! Chip! 
(ok, tipu..burung puyuh takde bunyi)


Comel sangatttt! Rasa nak keronyok sekor2!
Btw, pic ni niceeee kan. Good job adik Keri ;)


Kemudian kami ke...jeng..jeng..jeng...bermesra bersama ULAR! Ye..sesiapa yang gelik dengan ulau skip laju2 ok pic seterusnya. Heee..

Mari beriang ria bersama si ular

Ular diletakkan kat bahu macam nak pakai mafla gitewww. Haha




Gumukkkk! Ye ditujukan kepada aku, bukan kepada ular ye.
HOMAIGOD! Montel betul pipiku itu


Apesal gambar ni jadik gini? huhu. Auto rotate pulak.

Sebenarnya ular ni tengah menahan diri dari menyahtinja a.k.a beraks sebab pakcik yang jaga ular ni kata perut ulau tu tengah bengkak. Tu salah satu tanda dia nak melepasss la tu. Lepastu Hemy pulak pegang ulau ni, dan2 lepas Hemy bagi balik je kat pakcik tu, KECEBURR!! Ulau ni beraks ok.Hoho. Bunyi dah la kuat. Semua dok kagum tengok najis ular.Warna putih, macam muntah susu tu. Hallooo..Mr David Teoh, bak kata pepatah, jangan dipanjat bukuit yang tinggu, kami semua sudah tengok ulat ular berak. Kami sudang matang kan?Hahaha. Boleh pepatah gitu?

Dan binatang terakhir yang kami beramah mesra
 ialah si gebusss in...

Yeahh.. si beruang matahariiii...
Suka gila pic nih!

Best sangat pergi tempat ni. Berbaloi la bayar RM7. Banyak lagi haiwan2 lain dalam Deerland ni macam kucing bengal, ferret, rabbit, segala burung cantik2. Bestlah! Rasa nak pergi lagi dan lagi dan lagi kat sini.Sebenarnya nak sambung banyakkkkkkkkkkkkk lagi pasal aktiviti kitorang haritu tapi mata dah ngantuk. Huhu. Nanti2 lah sambung ye. Jom2, kita  baca entry Lanchang outing  versi mereka2 pulak.Serious kelakar habis. Sakit perut ketawa ok. Hoho.


Kak Masy punya entry:

Entry versi Hemy pulak:

Ni entry Wafa, selaku tuan rumah ;)


Sunday, February 20, 2011

Happy Birthday Mama :)

Malam semalam kekononnya nak buat suprise BBQ party untuk mama, sekali Caca dah pecah lubang pulak. Agaknya dia dengar kakak2 & abang dia duk berbincang pasal rancangan ni sebelum ni, terus la dia bagitahu mama.Haiyo..tapi takpela, even mama dah tahu, majlis BBQ berjalan dengan sangat happening nya. Yeahhh!


Big bro & fam ditugaskan untuk handle bahagian seafood. 
Siap beli seafood fresh dari pasar Pasir Penambang lagi.


Lokan giant!Terbaikk!



Ketam & udang lipan. Ye udang lipan.Rare!
Tapi sedap!



Udang manis2..nyam nyam!


Kakngah & fam pulak ditugaskan untuk buat "cucuk2"

Daging ayam+bawang+capsicum+timun.
Niceeeee! 
Oh, ada lamb lagi.

Adik & family ditugaskan untuk membuat coctail

Serioussss sedap.
Segar gila rasa bila lepas minum. 

Aku pulak, ditugaskan tuk membuat spageti & pai ayam

Spageti buatan saya.Hoho
Yang bebulat putih tu chicken ball ok, 
jangan korang ingat fish ball pulak ;p

Makan sampai perut memasing kenyang bangat!


Encek tunang  pulak ditugaskan untuk mengipas bahan2 BBQ
dan juga melayan bakal anak2 buahnya. Hehe.Kena buli ;p



Ammar berlakon jadik barber.
Uncle Amir pasrah je. Hahaha
Tengok muka Ammar tu? Notty! haha


~The cake~

Nyummayyyyy!!


Acara memotong kek! :D

Sila abaikan adik beradik berambut bunga tu. Hoho


Ammar pun join sekali sebab beday dia 27.2
Yang ke 4 tahun.
Dah besar dah abang ;)

Mama walaupun dah masuk 55 tahun,
mantain muda & ceria.
Nak tahu apa rahsia beliau? 
Sentiasa berfikiran positif. ;)


Mama bersama cucu2 nya & anak bongsunya, Caca 
Si Caca dah lagi besar dari mama kot. Haiyooo!

Our family is getting bigger & bigger.
Tahun ni bulan 4 & 8 tambah lagi ahli baru ;)
Tahun depan maybe tambah lagi sorang kot. Hehe
InsyaAllah ;D

Buat mama tersayang, semoga mama dimurahkan rezeki, diberikan kesihatan yang baik dan sentiasa dilidungi olehNya. Kami semua sangat2 sayangkan mama dan kami akan cuba sentiasa menggembirakan hati mama. We love you so much!! Dan untuk adik beradik, syukurlah majlis ni berjaya jugak akhirnya. Hoho. Nice! Good job memasing.Next time kita boleh buat lagi ok. Mengeratkan lagi hubungan kita satu family. Yeahh~







Thursday, February 17, 2011

Aku dan tiket parking

Secara seriusnya (seriously), aku dan tiket parking memang tak pernah berjodoh. Maksud berjodoh di sini ialah tak boleh ngam langsung. Bayangkan, sepanjang hidup ni, tiket parking yang aku pegang selaluuuuuu je hilang. Adalah dalam 6-7 kali kot. Pelik kan? Ye, masa mula2 tu memang mengaku lah mungkin careless ke salah letak ke, tapi kalau dah selaluuuu sangat hilang, aku pun pelik. Macam dah terkena sumpahan.Kalau dah tiket hilang, kompem2 lah lepas tu kena bayar denda kan. Ada sesetengah mall tu tak payah bayar. Kalau bernasib baik, tiket parking tu jumpa balik. So sekarang, aku agak phobia nak simpan tiket parking. Huhu

Pernah sekali tu, lepas parking aku simpan tiket parking kat poket belakang seluar. Sebab aku yakin dan pasti, kalau simpan kat situ kompemm tak kan hilang punya. Dah lepas beli2 barang, jalan2 kejap, masa nak bayar tiket parking dekat mesin autopay, raba2 poket seluar nak amik tiket tu, sekali tengok tiket parking tu hilang. DEYMMM!Macam manalah boleh hilang. Huhu. Aku pusing2 balik dekat kedai yang aku pergi tadi dan jalan dekat tempat yang aku lalu tadi sambil tengok2 kat lantai, dengan harapan terjumpa balik tiket parking tu. Kot2 tercicir ke kan. And yes, akhirnya jumpa jugak tiket tu kat lantai dengan banyak kesan tapak kasut. Orang dah pijak2. Masa tu dalam hati, syukurrr sangat2, kalau tak melayang RM50 bayar denda tiket hilang. Huhu. Camnelah tiket tu boleh tercicir kan? Maybe masa aku jalan2 tiket tu terkeluar2 sikit demi sikit lalu tercicir. Teori baik punya. Haha. Lantak lah situ.Malas nak fikir dah.

Lepastu, nak dijadikan cerita, semalam aku dengan opismet pergi jumpa our potential customer dekat IOI mall, Puchong. Pergi naik kereta masing2 instead of car pool sebab nanti nak balik senang.Tak payah patah balik opis. So, kami parking kereta sebelah2.Dah lepas jumpa customer, balik tu, pergilah dekat mesin auto pay kan, nak bayar tiket. Memula opismet aku bayar dulu, lepas tu aku. Masa aku tengah masukkan duit kertas dalam mesin tu, kami tengah sakan berborak. Akibat terlalu sakan, aku lupa pulak nak amik balik tiket parking tu. Terus blah macam tu je. Sampai dekat kereta baru aku teringat tak amik balik tiket parking dekat mesin auto pay tu.Berlarilah balik pergi dekat mesin auto pay tu. Tapi malangnya tiket tu dah takda. DEM IT! Puaslah aku carik dekat atas mesin tu, tepi2, tanya orang yang lepak2 tepi mesin tu ada nampak tak tiket parking kat situ. Takde! Sigh. Masa tu dah kecewa dah. Tapi aku ingat memang masa bayar tiket tu tadi, ada sorang lelaki ni tengah beratur belakang aku. Maybe, dia yang amik kot. Huhu.

Tapi aku pasrah jelah, nak tanya lelaki tu, aku pun tak tahu dia parking kereta dekat mana.Aku pun tanya lah pak guard, camne nak buat. Dia kata kena pergi info counter, lepastu terpaksah bayar denda tiket hilang. Aku dah macam..wtfppppttttftftftftftft! Tengah2 jalan nak pergi dekat info counter tu, opismet call cakap "Erina!! Datang dekat kereta kita cepat! Tiket awak ada dekat kita. Tadi ada one guy ni naik BMW 5 series berhenti belakang kereta kita & bagi tiket parking awak ni". Lepas dengar tu rasa legaaaaaaaaaa gila. Kompem lelaki tu yang beratur belakang aku tadi. Alhamdullilah. Akhirnya ada jugak jodoh aku dengan tiket parking. Haha. Terima kasih kepada lelaki yang itu.

Aku pun berlari2 anak dengan ekspresi muka happy gila mcam baru lepas menang hadiah RM5k. Terus pergi amik tiket parking tu dekat opismet dan terus masuk dalam kereta. Terasa sangat riang. Tak payah bayar denda RM50.Hehe. Dalam hati asek puji je lelaki tu, rupanya wujud lagi lelaki baik hati cam dia kan, dah la kaya (pakai BMW 5 series pulak), bagus betul lah lelaki tu!. Masa nak keluar parking,sampai dekat mesin masukkan tiket tu, aku pun masukkan lah tiket aku tu. Sekali mesin tu tulis "Unpaid ticket. Please pay first". Hehhhhh??? Kentut betul mamat tu, dia amik tiket aku yang dah bayar rupanya. Yang ni mesti tiket dia yang belum bayar. Aku pun terpksalah pusing balik dekat mesin autopay. Nasiblah kena bayar RM1 je untuk tiket mamat tu. Apa2 pun aku bersyukur sebab daripada kena bayar RM50, baiklah aku bayar RM1 je kan.Macam kelakar pun ada. Sebab masa lelaki tu pulangkan tiket parking dekat opismet aku tu, dia siap mintak no telepon opismet aku tu tak tahan. Hahaha.Mungkinkan itu salah satu tektik dia untuk mengurat? ;p Ok, yang ni aku admitt memang salah sendiri sebab lupa nak amik balik tiket parking tu. Ape daa..tiket parking pun boleh lupa nak amik. Haha 

Haiiihhh.. begitulah alkisahnya aku dan tiket parking. Macam2 hal. Ada apa2 idea bernas untuk mengelakkan tiket parking hilang? Ada orang cadangkan gantung dekat leher & simpan dalam bra. HOMAIGODD! Tapii..simpan dalam bra tu macam selamat , tapi satu hal pulak aku nak keluarkan tiket tu masa nak bayar kat mesin autopay tu kan, nak2 kalau orang ramai tengah beratur kan. Very scarry the merry noks! Hahaha. Macam orang dulu2 simpan duit dalam bra. Oh tidak! Haha. Ada tak cara lain yang sopan lagi berkesan untuk mengatasi masalah kronik tiket hilang nih? 


Wednesday, February 16, 2011

From Lanchang with love (Part 1)

Lanchang kunennn..lanchang kunen belayar malam..hai belayar malam. Apa kes lah ni kan siap berlanchang kunen ni kan. Actually, semalam, kami yakni aku dan geng blogger2 kesayangan ku a.k.a Geng Memuah telah pergi menghabiskan masa berkualiti di Lanchang. Weeee~ Memang happening! :D Oh ye, pada sesiapa yang tak tahu, Lanchang ni dekat Pahang ye.Tujuan utama ke sana sebab nak pergi housewarming rumah baru Wafa. 

Bermulalah tentatifnya, malam 14 hb haritu kami(aku, kak Masy & Keri),  berkumpul di rumah kak Aima. Then pukul 10 malam camtu baru gerak ke Lanchang. Naik kereta perdana exec uolss..gila luas seat belakang tu, sampai boleh baring2 lagi. Berbekalkan Donanshi dan donut2 Big Apple kiriman Wafa, kami pun vrroomm2 lah bertolak. Dah la sebelum nak pergi rumah kak Aima tu banyak onak dan halangan terpasksa aku tempuhi (onak dan halangan katanyaaa..haha), tapi akhirnya berjaya jugak aku lepasi segala halangan2 itu.Alhamdullilah..alhamdullilah (Maher Zain)






Donashi & Donut 
Donashi kelihatan sangat menggiurkan ketika ini.
Tunggu kejap lagi, apa yang akan terjadi *sigh*




Dalam kereta, aku ngan kak Masy duk belakang, berseronok2 kan. Si Keri menjadi supir & kak Aima sebagai pembantu supir kat depan. (Supir? Haha). 

Ngeee.2 orang budak yang happy2 duduk seat belakang
 sambil mamam donashi.


Perjalanan yang tenang, jangan disangka takde lap leper ye. Ntah camne, si Keri ni, dia tahu ada corner tajam depan tu, boleh pulak slumberrrrrr buat lap leper baikkkkk punya.Tahu tak lap leper camne? Kalau mat rempit  dia panggil lap baring, stok buat lap baikkkk punya kat selekoh tajam.Haaa..camtulah gamaknya yang si Keri ni buat. Ye, tahu dia tak tersengaja, tapiii..akibat tak mampu nak melawan graviti masa lap baring yang dibuat oleh Keri tu, Kak Masy telah selamat melandingkan diri di atas donashi yang comel2 itu. Dan hasilnya..










Donashi telah penyekkkkk (T_T)
Tsk tsk
Tapi takpelah, rupa fizikal je dah berubah, rasa tetap maintain nyum2.
Biasa tau si Keri tu bawak kete laju2, aku jentik telinga tu kang!

Dalam pukul 12 macam tu,Alhamdullilah kami selamat sampai kat rumah Wafa @ Lanchang. Duduk lepak2 kejap,Kak Aima terus mulakan operasi buat cheese karamelnya. Gigih ok, pukul 12 lebih buat cheese caramel lagi.Sebabnya nak buat esok harinya takut takde masa dah, banyakk lagi aktiviti nak buat ;D


Mempersembahhkan Cheese Caramel Kak Aima

Cheese+susu+telur yang dikacau denagn penuh kasih sayang oleh Kak Masy


 Gula hangus buatan Wafa
(aku baru tahu gula hangus ialah gula yang
 dihanguskan sampai jadik coklat,
selama ni aku ingat gula hangus ni pakai gula melaka.
Nampak sangat"rajin" masak kan (T_T)


Cheese karamel yang telah siap.
Gebusssss ok!


Bila diterbalikkan...

HOMAIGOD!Memang terbaikkkkkk! 
Uuuu..sedapnya.. dengan rasa cheese nya, 
dengan rasa gula hangus nya..
Perghh! Teringat2 sampai sekarang. Nyam nyam

Lepas dah siap cheese caramelnya, kami sambung balik main saidina (sementara tunggu karamel ni masak, kitorang dah start main saidina). Kisahnya, dah lama tak main saidina kan, terus naik sheh memasing. Mata tak ngantuk langsung. Ada sorang tu kan, sebelum main dia dah berlagak katanya tak pernah kalah lagi. Ye,  dia memang pemain saidina terhebat! ( mata keatas, tangan dekat dada).Sekali masuk penjara je semedang. Hahaha.



Semangat betul kami main sampai pukul 3 setengah pagi! Itupun nasiblah berhenti, kalau go on lagi kompem kakak yang sorang tu dah bertukar jadik hantu kak limah. Hutang keliling pinggang hokey, siap hutang dengan bank lagi. Hahaha. Takpe2, biar papa asal kedana. Haha. Adoyai, sakit perut masa main game ni, asek ketawa je, tapi dah lama2 jadi stress sebab hutang banyak. LOL. Best2! Kak Aima, pastikan bawak jugak Saidina ni masa kat Penang nanti ok. :D

Esoknya punya aktiviti lagi menarik-happening-enjoyable gila. Tapi gambar2 semua takda lagi. Tempek sneak peek dulu la ya..


Gajah! Gajah! Gajah! (gaya SinChan)
Weeeee~
Enjoy gila!



P/s: Geng Memuah, i love u!! xoxo








Copyright to ERINA ASMAWANI
Designed by UMIESUEstudio 2015