Buku resepi saya :)
Mulai sekarang, saya kena belajar masak.Almaklumlah, nak kawen kan, tak kan lah tak pandai masak. Nanti lepas kawen, nak bagi encek suami makan apa? Coklat hari2? Takpun kentang goreng hari2? Haha. Kesian nye la dekat encek suami nanti.Saya mengaku, saya memang kurengg sikit bab2 masak ni. Ala..setakat yang senang2 tu boleh la (itu, adik bongsu saya pun reti ;p), cuba suruh saya masak kari ayam ke, tomyam ke, daging masak merah ke, siakap 3 rasa ke..manalah nak tahuuuu! Selama ni mama je yang masak kan semua. Tak pun order je kat kedai. Huhu. Saya kalau bab2 buat coklat & masak kek ni pandailah. Hee. Jadinya, sebagai initiatif untuk memajukan diri sendiri dalam bidang masakan (cewahh), mulai harini semalam, setiap hari saya akan cuba masak. Masak makanan yang saya tak pernah masak. Dan juri masakan nya opkoslah mama selaku juri utama yang akan menilai masakan saya.Juri2 yang lain selaku adik beradik.Diorang yang akan bagi komen tentang masakan saya.Lulus ke tak masakannya. Resepi2 nye senang je nak cari. Klik jelah dekat myresepi.com ni. Cari jelah resepi masakan apa yang kita nak. Semua ada ;)
Jadinya semalam, gigih cari resepi nasi ayam. Tetiba macam nak buat nasi ayam pulak. Pergi beli bahan2 nak buat nasi ayam kat kedai runcit depan rumah (pakcik kedai tu pun pelik, tak pernah nampak pulak anak dara sorang ni kedai dia sebelum ni.hoho), balik tu terus berperang kat dapur. Sambil potong bawang, kejap2 tengok resepi. Sambil goreng ayam, kejap2 tengok resepi. Haha. Dummies sungguh. Dan akhirnyaa...
Inilah hasil cubaan pertama saya memasak nasi ayam madu ;P
Bukan nak puji diri sendiri. Tapi semua yang makan cakap sedap. Hoho
Mama cakap lulus, cuma sup nye tu je. Cair sikit.
Indah rupanya perasaan bila orang puji masakan kita sedap kan.:D
Ni yang buat semangat berkobar2 nak masak2 lagi ni.
Nak resepinya? Klik sini ok ;)
Saya bukanlah seorang yang sempurna.
Tapi saya cuba untuk jadi yang terbaik.
Saya tak pandai masak, tapi saya cuba untuk pandai memasak.
(Dey, apa yang saya merepek ni?Haha)
Maksudnya, saya nak cakap,lepas kawen nanti saya nak jadi isteri yang terbaik. Yang menyenangkan suaminya. Pandai kemas rumah, pandai masak, pandai urus rumahtangga, pandai jaga anak2, pandai jaga badan juga. Eh eh..termasuk ke? haha.. Pendek kata, pekej lengkap untuk seorang isteri.Haa..tengok..kan saya dah berangan ni.Awal2 cerita pasal masak, tetiba masuk pasal berangan pulak.Tapiii..saya rasa setiap perempuan ada angan2 macam ni kan? ;)
P/s: Gong Xi Fa Cai. Xin Nian Kuaile ;)
7 comments:
hikhihik! matiklaaa amy..amy pun rajin buat kek n kuih muih ni. memasak adalah sangat tidak digemari.tp bolah la nk masak kari ke tom yam ke ape sume tu. Cuma tak minat memasak.
kene rerajin gak ni masok dapur. kang nangis encik somo asek makan kek. huhuhu btw...gud luck dear.
halalala...sweetnye ena..nnti buat open house ..masak ..pastu ajak aku ek.. :p
teruskan usaha gigih tu yer.......
gud job ririn...
hehe. niceee :D
owg pun x reti msk sgt tp senang je. google je :p print pstu tampal kt peti ais. esok2 klo dh kawen matiklah klo kt umah mentua nk buat gitu kann :p
Amy:
Haha..amy kira oklah, pandai masak..cuma tak gemar je..ena ni dahla tak reti masak..tu pasal kena belajar :P
thank u ;)
Lynn:
wow!!haruslah masak masa openhouse nanti kan.ko jgn x dtg plak aku invite nanti (padahal openhouse lama gila lagi kan..smpat belaja macam2 lagi.hee)
kak zona:
baik kakak ;)
Pojie:
thank u pojie ;)
Izza:
eyy..izza pandai masak hokey..mane de x reti masak..tulakan, skrg men google je kalo nak carik resepi. senang ;)
hoho..kantoi kalo buat gitu depan mak metua ;p
Post a Comment