Erina Asmawani

My photo
La Tahzan. Allah ada. Dia maha mengetahui, maha pengasih lagi maha penyayang :)

LOVE COWAY


Sunday, February 06, 2011

Edisi B2B: Wedding Preparation (2)

Pejam celik pejam celik. Dah masuk bulan dua. Serius terasa masa berlalu sangat cepat. Dalam entry Edisi B2B sebelum ni, to-do list saya untuk bulan 1 ialah ini:


1) Caterer  
2) HIV & Talasemia Test.
3) Siapkan borang nikah.
4) Beli 60% of barang2 hantaran.
5) Tempah kad kahwin
6) Survey barang kemas untuk nikah
7) Survey doorgift
8) Lose weight : 2 kgs :D

So, inilah progress nya:

1) Caterer: Booked!

Mama kalau boleh nak caterer dari Shah Alam sebab nanti senang. Tak kelam kabut. Kalau amik yang jauh2 takut caterer tu masak sehari sebelumnya & takut lauk tak tahan lama. Jadi, masa pergi karnival pengantin hujung bulan 12 haritu, saya, mama dan encek tunang sama2 ke sana untuk carik caterer dari Shah Alam yang terbaik untuk para tetamu yang datang nanti.Bagusnya pergi ke karnival pengantin ialah sebab kita boleh rasa lauk2 caterer kat situ :) Jadi, mama puas hati dengan caterer ini.Lauknya sedap & pekejnya pun berpatutan. Harapnya masa kenduri nanti pun lauknya maintain sedap macam kat karnival tu lah. InsyaAllah.

Klik sini untuk ke websitenya.


2) HIV & Talasemia test: Done!

Mesti cakap apa? Terima kasih. Haha. Mesti teringat peristiwa tu. HIV test dah settle. Cuma Talasemia test tu tak sempat nak buat pulak. InsyaAllah kalau berkesempatan nanti pergi buat.Kenapa mesti kena buat Talasemia test ni? Klik link tu untuk tahu lebih lanjut pasal Talasemia ni ok.


3) Borang kebenaran nikah: Done!

Alhamdullilah. Sebenarnya prosedurnya tak rumit pun. Asalkan semua borang yang perlu kita isi & bawa tu lengkap. InsyaAllah takde apa2 masalah. Nanti saya cerita lebih lanjut pasal prosedur kebenaran kawen ni ok :)


4) Beli 60% of barang2 hantaran: Done!

Seronok sopin barang2 hantaran ni :D.Lagi 40% akan beli dalam masa bulan 2 ni & bulan depan.Kena beli sikit2, kalau beli sekali harung, kompem hujung bulan nanti makan rumput.Hoho


5) Tempah kad kahwin: Done!

Ingat tak kisah sang kancil dan kerbau tu?;p. Hoho. Oklah,untuk kad kahwin,saya dan encek tunang telah sepakat untuk menempah dekat Amazon. Ni pun jumpa masa dekat karnival pengantin haritu. Tertarik sebab pekej yang ditawarkan memang best. Tempah mana2 kad 75 sen ke atas, dapat free 1000 pcs kotak muffin comel dan free 2 pcs bunting. Dah jimat banyak dah kat situ. Lagipun kedai nya dekat je. Area Shah Alam, so saya senang nak ke kedai tu. Klik sini untuk ke websitenya.


Lagi teaser kad kawen saya ;)

InsyaAllah akan siap 21/2 ni.
Bulan 3 dah boleh dilayangkan. Yeay~

(^_^)


6) Barang kemas untuk nikah : Done!

Sebenarnya..encek tunang dah belikan untuk saya, tapi saya belum belikan cincin untuk dia lagi ;p. InsyaAllah dalam bulan 3 nanti. Actually tak rancang pun untuk beli barang kemas untuk saya ni dalam masa terdekat ni. Tetiba satu pagi ni, pagi2 buta, encek tunang call, cakap datang rumah dia sekarang, kita nak pergi kedai barang kemas. Saya macam blur2..eh, kenapa tetiba je ni kan. Rupanya haritu hari last SALE dekat kedai barang kemas tu. Family encek tunang suruh kami pergi haritu jugak. Saya pun bergegas lah pergi sana. Ditemani kakak encek tunang, kami pun ke kedai barang kemas. Sampai dekat kedai tu kakak dia suruh saya pilih2 dulu. Tak sampai setengah jam pun saya pilih, terus dah terberkenan dekat satu barang kemas ni. Simple, comel dan latest design. Kakak dia pun kata cantik dan encek tunang pun suka. Jadi, teruslah beli. Senang cerita :)


7) Doorgift: Done!

Actually half done. Beg dan bekas untuk diisi dalam beg tu dah dibeli.Cuma chocs @ cookies untuk diisi dalam bekas tu belum buat lagi. Yup..chocs@ cookies tu kami satu family akan gotong royong buat sama2 nanti ;) InsyaAllah hujung bulan ni atau awal bulan 3 dah start buat dah.



8) Lose weight: 2kgs

Hahaha.Satu ni je tak tercapai lagi.Berat saya berjaya turun 800g je. Serius, saya pun tak tahu kenapa, dulu masa nak bertunang, saya gigih berdiet, turun naik gym. Tapi bila nak kawen ni, semangat saya nak lose weight tak berkobar2 dah.Haihhh..syndrom apakah ini ye?Orang lain nak kawen gigih berdiet tapi saya liat sungguh nak berdiet secara serius. Tapi saya bertekad, by end of this month, kena hilangkan 2 kg jugak! Nak kena pergi gym balik.


So itulah progress sepanjang bulan 1. Alhamdullilah, semua selesai kecuali yang last sekali tu je. Huh!. Ini  to-do list untuk bulan 2 pulak:

1) LOSE WEIGHT: 2 kgs!
2) Hias bilik tidur pengantin
3) Buat "Thank You" tag
4) Hias frame2 comel untuk guest book corner 
5) Settlekan guest list
6) Siapkan bekas2 hantaran
7) Fitting baju sanding
8) Kalau sempat nak buat pre wed photoshoot ;)
9) Dah boleh start hantar kad kawen via pos
10) Kena rajin buat lulur & pakai masker! Lulur kat rumah sudeyy ;p


Tinggal 55 hari je lagi untuk bertukar status. Perasaan sekarang adalah bercampur2. Kejap2 happy, kejap2 nervous.Semoga segala urusan berjalan lancar.  InsyaAllah ;)


Sekarang ni rajin pulak main "tacap2" muka.
 Tapi lepastu tak suka, sebab muka jadi lain.
(T_T)


P/s: Sejak dua menjak ni rajin pulak pakai "saya" instead of "aku". Terasa ayu kejap.Awww :P


13 comments:

shera said...

tacap2 muka tu sendirian berhad ke?? shanteekkk ;))

Ahmad Fauzi Aryaan (A.F.A) said...

eh santek la ririn...elok dri dlu yg xde sbarangg mekup...heheh

CaDLyNN said...

cantik ko tacap!!! berseri2..

Erina Asmawani said...

Shira:
gambar tu trial makeup la dik..huhu..chantek ke? x nampak pelik?

Pojie:
Natural beauty la tantek kan? ;p

Lynn:
err..lynn..pic tu bukan aku tacap la, tu mak andam yg tacapkan..hehe..tapi kalau aku tacap..jadik lain muka..x suka T_T

sweethOneY said...

enaa... nnt nk menuntut lg psl chocs tu taw.. sbb mmg dh plan nk bg tu as doorgift tp nk mintak petua nnt xmo dia cairrrrrrr.. kang bg kt tetamu kang dia bwk balik umah jd lain pulakkk T___T

tak sabar nk tunggu kad sampai ni :D

pRincESs_N said...

wahh...ops kawen byk da setel...

~ miss femme fabulosity ~ said...

Cantik mekap !!!!!!!!!! :)

Erina Asmawani said...

Izza:
boleh saje yunk ;) tapi kan..ena rasa, coklat tu tahan ke tak depends ngan jenis coklat kot..ena pakai beryl's tak cair (kecualilah kalo letak dalam kete 3-4 jam kan) hehe..nanti izza try pakai beryl's k ;)

tungguuuuu ;)

N:
alhamdullilah..skrg asik menghitung hari je ;p

Ell:
tantek eh? mashehh! (padahal aku rasa pelik) huu

hansuke said...

salam.

wow. at last, it's actually happening. congratulations in advance..:)

may Allah blessed for the both of u, in dunia and hereafter, insya Allah.

all the best.

Erina Asmawani said...

hansuke:
Wsalam

Alhamdullilah. Semoga segala perancangan berjalan lancar hingga ke saat lafaz sakinah.

Thank u ;)

cik purple said...

salam...b2b tu sgt indah kan??moga segala2nya buat anda berjalan lancar =)

Linda Musa said...

makin berseri2 la ririn deat2 nak kawen nie...santik je tacap mcm ue...i like :)

Erina Asmawani said...

cik purple:
Yee..mmg sangat indah ;). Aminn ya rabbal alamin..maseh cik purple ;)

Linda:
hehe..tu mak andam makeupkan..kalo kite sendiri tacap..jadik lain..huhu









Copyright to ERINA ASMAWANI
Designed by UMIESUEstudio 2015