Erina Asmawani

My photo
La Tahzan. Allah ada. Dia maha mengetahui, maha pengasih lagi maha penyayang :)

LOVE COWAY


Tuesday, February 08, 2011

Kami setelah 10 tahun meninggalkan sekolah (edisi panjang)

Ini adalah kami yang sekarang
(ulang tayang gambar sebelum ni)

Dari kiri: Fatien,Aku, Nazliah, Zira dan Hanin.
Kami sekelas since form 4.4 Anggerik, masa form 5. 5 Anggerik


Nak tengok gambar kami 10 tahun lepas?









Nah!
Kami 10 tahun yang lalu.Hahaha

Masa ni form 4.Join Kem Ibadah dekat Masjid Shah Alam
Dari kiri: Aku lah tu weh!!, Zira, Nazliah,Ipah, Fatien, Hanin, Ayu
 Tengoklah aku masa form 4, dengan gumuknya,dengan spek nerd nye.
Serius dah macam makcik2 pun ada. HOMAIGOD!


So hari Ahad haritu, satu gathering kecil2an diadakan ;) Tempatnya dekat Serai Empire, Subang Jaya. Jumpa balik lah kami semula. Beramai2.Bukan lah maksud lepas sekolah kami terus tak jumpa, memang berjumpa, tapi semalam jumpa sebab nak kenal dengan sorang ahli baru ni. Baby Harith ;)


Gathering kali ni memag lain dari lain sebabnya, memasing bawak hubby & baby. Sangat comel ok. Memasing dengan busy nak melayan karenah baby masing2, dengan gilir2 bf (breastfeed) baby masing2. Aku tengok diorang semua macam "Eeeee..bestnyeee!! Cepat2lah aku dapat baby nanti!". Boleh gitu? Haha. Lepastu borak2, macam tak percaya ye yang kitorang dah 10 tahun tinggalkan sekolah. Kalau lepas2 sekolah terus kawen, mesti memasing anak dah 10 tahun  kan ;p


Jom kita berkenalan dengan baby2 comel ni. Rasa nak geget sorang2!


Hai. Nama saya Khalid ;)
Umur saya 7 bulan.





 Hai.Saya Luqman ;)
Umur saya 5 bulan.
(ni pic masa pergi rumah dia dulu)
Sekarang dah bam2!


Haiii..saya baby Harith ;)
Umur saya 2 bulan.
Si kecit comel2!

Itulah dia si Harith ;) Orang baru. Baby boy Hanin. Dari sehari2 nak visit dia tak sempat2, alih2 sampai mama dia dah habis pantang, Harith pun dah 2 bulan, baru sempat jumpa dia. Huhu. sorry baby, aunty Ena sangat2 sibuk.Ye..baby2 semua adalah boy. Tomey2 je ;) Oh seronoknya hidup dikelilingi baby2 kecit ni.Hehe.


Dan mereka bersama keluarga2 mereka yang tersayang ;)

Fatien & Family ;)


Nazliah & Family.


Hanin & Family

(^_^)

So sweeet kan memasing dengan family memasing. 
Gathering tahun depan tambah satu lagi pic family macam ni ok
Eceh..aku dah berangan dah ni.Haha
InsyaAllah. Amin Ya Rabbal Alamin  ;)


Rasa macam tak puas je jumpa diorang haritu, kalau boleh rasa macam nak borak lama2 je lagi tapi apakan daya, baby masing2 dah keluarkan alarm. Banyak benda jugaklah aku belajar masa gathering haritu. Yang pertama, mak ngan ayah tak boleh makan sekali, kena sorang makan, sorang lagi pegang baby. Gilir2. Yang kedua, kalau boleh carik meja yang sembunyi2 sikit, sebab nanti senang nak bf (breastfeed) baby (nasib kebetulan haritu aku reserved meja hujung2). So masa diorang nak bf, just pusing menghadap dinding pastu bf kan baby diorang. Senang ;) .Yang ketiga, jangan sesuka hati bagi baby diorang makan, kena mintak izin mak ayah baby dulu. Haha. Yang ni aku bagitau sebab aku dah terrrbuat ok. Slumber je lah pulak aku suap si baby Khalid macaron. Dengan niat nak suh baby Khalid rasa kemanisan macaron tu.Sekali mama dia tak bagi daa.Hahhaha. Ampunn Fatien.Ampun! Nasib baik mama Fatien tak marah. Hee.Pheww~ Suka2 hati aku je kan nak bagi baby orang makan benda pelik2. Haha. Dan yang last sekali, senangnye laaaa kalau bf. Tak payah susah2 nak bancuh susu baby kalau dia mengamuk lapar. Pakai nursing cover tu, sumbat nenen (nenen? ;p). Terus senyap! Lepas kenyang. Tido. Senang sangat tengok diorang bf baby diorang.

Next gather nanti mesti baby dah besar sikit, dah boleh duduk atas baby chair, so senang sikit la mama2 nak bergosip.Hoho

Macarons. Si pemanis mulut ;)


12 comments:

HEMY said...

hai zirah...

mmg best jumpa kawan2 lama...sangat beshhhh

CaDLyNN said...

masing2 dah berfamily erk..
takpe ena..tak lama dah..nnti tmbh family ena pulak dalam gambar :)

Ahmad Fauzi Aryaan (A.F.A) said...

daku jales..

*cm nk termeninggal jap tgk pic lme ko 2...hehehe

pRincESs_N said...

bes nyerr gathering masing2 bwk baby...ena..cpt2 proses tao nti..

PutRee SeJiNjaNg said...

wah masing2 dah de handbag ekk yunk...hehhe pasni turn erina pulak kan..:)

sweethOneY said...

baby harith rambut cacak2 gituuu.. pasni ur turn yang. hihihi.. thn depan dpt dh gathering amik gamba gni plak :D exciteddd kann :D *ceh, iza lak excited lebih :p

p/s yunk, owg excited betul ena ngan amir nak kawen siap tnjk kt emak lg blog ena ni. hihihi. ckp "ni cousin tettt, akak kawan ngan gf dia. nnt dorang kawen nk pegi"

:D

Ahmad Fauzi Aryaan (A.F.A) said...

ririn kwn aku suke bc blog ko...hehehe.. *lg2 bab2 prep kawin..

Erina Asmawani said...

Hemy:
Zira without H ok..hehe

Best sangatttt kan! Aku x sabar nak gathering memuah nanti.hehe ;)

Lynn:
2la..memasing dah ade happy family.
InsyaAllah..aminnnnnn ;)

Erina Asmawani said...

Pojie:
Gi kawen cepat! ;p

hahahaha..sampai nak termeninggal tu..haha

N:
mmg best tgk diorang melayan karenah baby masing2..comel je..
heee..tu semestinya N ;)

Erina Asmawani said...

Tilla:
2la..memasing dah ade handbag dah..comel2 plak tu..geram!
Aminnn..same goes to u yunk..cam x lamak gik jak ya ;)

Izza:
comeykan baby harith ;) tula..ena pun xcited..izza pun nanti next year de gambar happy family jugak ;)

heee..malu la tunjuk kat mak blog nih..nanti yg penting izza dtg ok wedding kitorang.Jom sama2 excited nak tawen.hehe ;)

Pojie:
hehe..maluu aii..blog ni biase2 je pulak kan..btw, cakap maseh kat kawan tu ok ;)

asybedazzle said...

nostalgiknya, rmai dah kawen2. hehe
best :)

Erina Asmawani said...

asy:
yup..mmg best sangat ;)









Copyright to ERINA ASMAWANI
Designed by UMIESUEstudio 2015