Erina Asmawani

My photo
La Tahzan. Allah ada. Dia maha mengetahui, maha pengasih lagi maha penyayang :)

LOVE COWAY


Thursday, February 24, 2011

Edisi B2B: Lagi kisah kad kahwin

Menjawab soalan cik Sapphire pada entry yang lepas, dekat mana saya tempah kad kahwin? Cik Sapphire,saya tempah dekat Amazon;). Saya tahu pasal kedai ni masa pergi karnival pengantin bulan 12 haritu. Sebelum tu mestilah survey2 dekat kedai lain jugak kan.Kenapa saya pilih Amazon ni instead of kedai2 kad yang lain? Of koz la sebab harga & pekejnya yang sangat menarik.Nak tahu apa pekejnya? 


Harga kadnya 79 sen sekeping.
Simple yet very cute. Sukaa! :)
 


Lepastu dapat FREE...


 1000 pcs kotak muffin ni.Muat2  untuk letak muffin.
Nak bubuh telur or coklat or bahulu or gegula pun boleh.
Dah save banyak untuk doorgift kan.


Oh oh..bukan tu je..dapat FREE

 2 bunting panjang jugaaa!
1 untuk reception belah saya,1 untuk reception belah lelaki nanti.
Senang. Tak payah tempah2 kat kedai bunting dah ;)


Menarik bukan? :) Bagi saya harganya tu  sangat berbaloi. Tak tahulah kalau tempat lain ada lagi murah. Bagi saya (lagi), as long as kad tu bawah RM1 tu kira okla kan. Jangan terlalu murah or terlalu mahal. Yang sedang2 je. Ikut kemampuan masing2. Yang penting ikhlas ;).

Saya tempah kad ni dekat Amazon Shah Alam.Dekat seksyen 7, sederet Nasi Lemak Cinta Sayang yang baru. Senang kalau kedai kad dekat2 dengan rumah ni sebabnya senang nanti kita nak datang tengok draft kad , nak betul2kan mana yang patut & nak collect kad nanti.Service nya pun bagus.Kad siap on time. Highly recommended! Para2 B2B sekalian yang belum tempah kad kahwin lagi, silalah riki-riki kedai Amazon ni ok.(Perghh! Riki-riki..dah macam gaya rempit plak. Haha). Riki-riki maksudnya ialah jenguk2 or usha2 la. Bahasa bebudak zaman sekarang. Hehe.Kalau pergi karnival pengantin nanti (yang akan datang), confirm lah jumpa booth Amazon ni.Banyak jenis kad  & kotak boleh pilih kat situ nanti ;).



P/s: Oooo..dah tahu dah, asal entry pasal kawen je mesti guna "saya-saya". Automatik.Rasa lebih sopan sikit kan ;p

9 comments:

sapphire said...

thanx for the info..masih x jumpa design yg berkenan la.. :D

pRincESs_N said...

mmg superb laa pakej die...even card 79sen..tp dpt kotak muffin tu 1000pcs...mmg bebaloi sgtt...klo x kotak muffin tu mau 4,5posen kan..

sweethOneY said...

berbaloiii yunk.. ni yg rasa nak tukar org buat kad ni. hahaha :P

kad tak pilih lg tapi dh booking.. berkenan ala2 greeting card yg sungguh comel. tataw la mak ayah berkenan ke tak. kena bincang dengan dorang dlu..

sweethOneY said...

btw, kad ena sangattlah comel!!! ros bentuk hati tu paling comel

PutRee SeJiNjaNg said...

wah murah tu yunk..berbaloi sangat2..

Erina Asmawani said...

Cik Sapphire:
u r most welcome ;)
dun worry dear, still ada masa nak survey2 lagi kan ;)

N:
yup2..ena pk camtu gak..dah save banyakkkk tu doorgiftkan kan ;)

Erina Asmawani said...

Izza:
try tgk kat amazon ni jugak yunk..mana tau terjumpe yg lagi comel ( hasut ni ;p)

Haaa..lagi satu, penting jugak tunjuk kat parents sebab kalau diaorg x minat pilihan kita, kena lah tukar yg lain kan..biar mereka happy, kita pun happy ;)

Maceh yunk.Ena pun suka love roses tu ;)

Tilla:
mmg berbaloi yunk ;)

Ahmad Fauzi Aryaan (A.F.A) said...

ko oder kat kadkawin.com ek???

MIZZ SUE said...

CUTENYE...CANTIKLAH DEAR..









Copyright to ERINA ASMAWANI
Designed by UMIESUEstudio 2015