Erina Asmawani

My photo
La Tahzan. Allah ada. Dia maha mengetahui, maha pengasih lagi maha penyayang :)

Your Friendly Coway Agent

Your Friendly Coway Agent

Thursday, February 17, 2011

Aku dan tiket parking

Secara seriusnya (seriously), aku dan tiket parking memang tak pernah berjodoh. Maksud berjodoh di sini ialah tak boleh ngam langsung. Bayangkan, sepanjang hidup ni, tiket parking yang aku pegang selaluuuuuu je hilang. Adalah dalam 6-7 kali kot. Pelik kan? Ye, masa mula2 tu memang mengaku lah mungkin careless ke salah letak ke, tapi kalau dah selaluuuu sangat hilang, aku pun pelik. Macam dah terkena sumpahan.Kalau dah tiket hilang, kompem2 lah lepas tu kena bayar denda kan. Ada sesetengah mall tu tak payah bayar. Kalau bernasib baik, tiket parking tu jumpa balik. So sekarang, aku agak phobia nak simpan tiket parking. Huhu

Pernah sekali tu, lepas parking aku simpan tiket parking kat poket belakang seluar. Sebab aku yakin dan pasti, kalau simpan kat situ kompemm tak kan hilang punya. Dah lepas beli2 barang, jalan2 kejap, masa nak bayar tiket parking dekat mesin autopay, raba2 poket seluar nak amik tiket tu, sekali tengok tiket parking tu hilang. DEYMMM!Macam manalah boleh hilang. Huhu. Aku pusing2 balik dekat kedai yang aku pergi tadi dan jalan dekat tempat yang aku lalu tadi sambil tengok2 kat lantai, dengan harapan terjumpa balik tiket parking tu. Kot2 tercicir ke kan. And yes, akhirnya jumpa jugak tiket tu kat lantai dengan banyak kesan tapak kasut. Orang dah pijak2. Masa tu dalam hati, syukurrr sangat2, kalau tak melayang RM50 bayar denda tiket hilang. Huhu. Camnelah tiket tu boleh tercicir kan? Maybe masa aku jalan2 tiket tu terkeluar2 sikit demi sikit lalu tercicir. Teori baik punya. Haha. Lantak lah situ.Malas nak fikir dah.

Lepastu, nak dijadikan cerita, semalam aku dengan opismet pergi jumpa our potential customer dekat IOI mall, Puchong. Pergi naik kereta masing2 instead of car pool sebab nanti nak balik senang.Tak payah patah balik opis. So, kami parking kereta sebelah2.Dah lepas jumpa customer, balik tu, pergilah dekat mesin auto pay kan, nak bayar tiket. Memula opismet aku bayar dulu, lepas tu aku. Masa aku tengah masukkan duit kertas dalam mesin tu, kami tengah sakan berborak. Akibat terlalu sakan, aku lupa pulak nak amik balik tiket parking tu. Terus blah macam tu je. Sampai dekat kereta baru aku teringat tak amik balik tiket parking dekat mesin auto pay tu.Berlarilah balik pergi dekat mesin auto pay tu. Tapi malangnya tiket tu dah takda. DEM IT! Puaslah aku carik dekat atas mesin tu, tepi2, tanya orang yang lepak2 tepi mesin tu ada nampak tak tiket parking kat situ. Takde! Sigh. Masa tu dah kecewa dah. Tapi aku ingat memang masa bayar tiket tu tadi, ada sorang lelaki ni tengah beratur belakang aku. Maybe, dia yang amik kot. Huhu.

Tapi aku pasrah jelah, nak tanya lelaki tu, aku pun tak tahu dia parking kereta dekat mana.Aku pun tanya lah pak guard, camne nak buat. Dia kata kena pergi info counter, lepastu terpaksah bayar denda tiket hilang. Aku dah macam..wtfppppttttftftftftftft! Tengah2 jalan nak pergi dekat info counter tu, opismet call cakap "Erina!! Datang dekat kereta kita cepat! Tiket awak ada dekat kita. Tadi ada one guy ni naik BMW 5 series berhenti belakang kereta kita & bagi tiket parking awak ni". Lepas dengar tu rasa legaaaaaaaaaa gila. Kompem lelaki tu yang beratur belakang aku tadi. Alhamdullilah. Akhirnya ada jugak jodoh aku dengan tiket parking. Haha. Terima kasih kepada lelaki yang itu.

Aku pun berlari2 anak dengan ekspresi muka happy gila mcam baru lepas menang hadiah RM5k. Terus pergi amik tiket parking tu dekat opismet dan terus masuk dalam kereta. Terasa sangat riang. Tak payah bayar denda RM50.Hehe. Dalam hati asek puji je lelaki tu, rupanya wujud lagi lelaki baik hati cam dia kan, dah la kaya (pakai BMW 5 series pulak), bagus betul lah lelaki tu!. Masa nak keluar parking,sampai dekat mesin masukkan tiket tu, aku pun masukkan lah tiket aku tu. Sekali mesin tu tulis "Unpaid ticket. Please pay first". Hehhhhh??? Kentut betul mamat tu, dia amik tiket aku yang dah bayar rupanya. Yang ni mesti tiket dia yang belum bayar. Aku pun terpksalah pusing balik dekat mesin autopay. Nasiblah kena bayar RM1 je untuk tiket mamat tu. Apa2 pun aku bersyukur sebab daripada kena bayar RM50, baiklah aku bayar RM1 je kan.Macam kelakar pun ada. Sebab masa lelaki tu pulangkan tiket parking dekat opismet aku tu, dia siap mintak no telepon opismet aku tu tak tahan. Hahaha.Mungkinkan itu salah satu tektik dia untuk mengurat? ;p Ok, yang ni aku admitt memang salah sendiri sebab lupa nak amik balik tiket parking tu. Ape daa..tiket parking pun boleh lupa nak amik. Haha 

Haiiihhh.. begitulah alkisahnya aku dan tiket parking. Macam2 hal. Ada apa2 idea bernas untuk mengelakkan tiket parking hilang? Ada orang cadangkan gantung dekat leher & simpan dalam bra. HOMAIGODD! Tapii..simpan dalam bra tu macam selamat , tapi satu hal pulak aku nak keluarkan tiket tu masa nak bayar kat mesin autopay tu kan, nak2 kalau orang ramai tengah beratur kan. Very scarry the merry noks! Hahaha. Macam orang dulu2 simpan duit dalam bra. Oh tidak! Haha. Ada tak cara lain yang sopan lagi berkesan untuk mengatasi masalah kronik tiket hilang nih? 


13 comments:

zonaku said...

pesal x letak jer dalam purse sama ngan ic?

CaDLyNN said...

ena..aku pon penah hilang tiket parking pas meeting kt klcc 4tahun yang lalu..hahahaha..bengang betul kene bayar rm50..nak claim kt company pon tak boleh..skrg ni aku letak kat dlm purse.senang~ takyah kelam kabut cari selongkar abes satu handbag dan seluk abes segala poket yang ada..haha

Erina Asmawani said...

kak zona:
sebabnya saya ni kuar malas nak bawak wallet jugak kak..bawak ic n duit je dalam poket (kalo pegi area2 shah alam la)..huuu

Unknown said...

hahaha..penah kena kat PAS...amboii kne la denda...geram !!!last2 jumpa dok baik pya belakang kad...hadoiyai... *cri dlm gelabah mmg payah nk jmpa..


*dah cm khutbah la ririn panjang nye..

pRincESs_N said...

hoho..N pnh kne sekali..skg trus ati2 nk smpn ticket parking...

Izzatul Azma said...

owg mmg x penah simpan tiket parking sendiri. hehe. mst akan bg Iim pegang :D

Izzatul Azma said...

lg satukkk, mamat tu mmg kelakarrr :p sama ada sengaja ke tidak kannn.. yg penting anggap jela rm1 tu upah dia :p

k.e.r.i. said...

bukan setakat king of typo, king of nyanyuk jugak rupanya.

ish ish ish.

Erina Asmawani said...

Lyn:
sakit jiwa kan kalo hilang tiket parking.Erghhh! tula, pasni aku terus buh dalam wallet la..tapi tula, kekadang amik je tiket tu, pastu terus campak dalam henbeg..da tu carik2 x jumpe..x pun lepas amik tiket, letak mana ntah, pastu lupa..deym betul! huhu

Erina Asmawani said...

Pojie:
aku pun penah kena kat PAS, masa tu kuar ngan Amir, memang lepas tu hilang dah kepercayaan dia kat aku tuk pegang tiket parking..tension ok carik2 tiket tu x jumpa. *Sigh

Hahahha..tula, aku baru perasan luahan perasaan aku ni panjanggggg gila kot! Terima kasih sebab sudi membaca ;p


N:
majority semua penah ade pengalaman hilang tiket parking kan..ade geng la nih..heee

Erina Asmawani said...

Izza:
ena skrg mmg Amir la tukang pegang tiket, tp kejadian tiket hilang ni selalunya kalo kuar sesorang..huhu..yela, sebab xde org nak pegangkan kannn..

tula, ena pun kompius gila ngan taktik dia tu..tapi syukurlah kan dari kena bayar rm50. haha.sampai sekarang opismet ena tu duk cerita pasa benda ni, siap sms bagai ngan laki tu. Tettt! :D

Erina Asmawani said...

Keri:
anda seperti bercakap dengan cermin sebab;
1) King= lelaki
2) yang selalu typo tu hang..bukan aku.haha

weh, ni xde kena mengena ngan nyanyuk lah, xde jodoh je..hoho

Aima Othman said...

letak je dlm keta.at least tahu ade kat mana.cuma penat sket arr kalau paking jauh ;D

hahahhaa.keri plak terkene balik :p









Copyright to ERINA ASMAWANI
Designed by UMIESUEstudio 2015