Erina Asmawani

My photo
La Tahzan. Allah ada. Dia maha mengetahui, maha pengasih lagi maha penyayang :)

Your Friendly Coway Agent

Your Friendly Coway Agent

Tuesday, March 29, 2011

Cerita pasal hadiah..



Alhamdullilah. Dah kurang dah stressnya :) Thanks semua sebab sangat supportive. Terima kasih tak terhingga juga kepada jiran2 & makcik2 tersayang yang banyak menolong tuk buat persiapan kawen ni.Hmm..pagi ni nak share satu entry dari Ann (Most Fabulous Bride 2010) berkenaan dengan hadiah. Wedding gift. Which is for me, entry ni sangat menarik.

Inilah yang beliau tulis, entry bertajuk Wedding gift:Perlu atau tidak:
~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~

Salam ladies,



Ok. Kita serius. *Gila ahh cik puan Ann serius ;p* Ini tentang hadiah perkahwinan.Atau wedding gift.Atau hadiah kepada pengantin ;p Ann tetiba rasa nak post entry pasal ni sebab.. Bila dah kawen, baru Ann tau camne perasaan bila dapat hadiah. It's not just a gift. Yes. More to sentimental value :) Sangat appreciate even hadiah biasa2. :) Pengantin baru/lama..korang camne? Sama tak cam Ann rase? ke Ann je feeling2 sentimental sengsorang?ahahaha.


And sepanjang experience I bersama ex-pengantinss duduk tengok mereka sama2 buka hadiah and kira duit salam kaut..no words can describe camne muka dorang & family bila kira duit & nampak hadiah yg dorang dapat..hehe..macam2 expression. Bukak2 hadiah, muka ada suka gila, ada happy, ada TERHARUUU, ada sedih, ada marah tapi ketawa kuat2 etc.


Hadiah itu subjektif.

Daripada HARGA= Tidak semestinya perlu MAHAL or BRANDED orRARE.

Daripada BENDA= Tidak semestinya WAJIB beli SET CAWAN/BARANG2 DAPUR. Maksud Ann,if nak bagi hadiah, ada pelbagai jenis IDEA boleh di anggap hadiah. Bukan hadiah kahwin=wajib kita beli bagi pengantin gelas.Kalo bagi benda lain macam tak kena. Lain orang,lain la taste nya. Ada yang bagiTIKET HONEYMOON / VOUCHER2 / LAMPU TIDUR / BUKU2 tentang perkahwinan / brg2 untuk TETTTTT ;p etc sebagai hadiah perkahwinan. Ala, gelas pon hadiah jugak ape. Apa yang paling penting,NIAT nak bagi hadiah tu mesti IKHLAS.. jgn kerana ada niat lain ok :)

Cuma apa yang Ann kesalkan,ada segelintir orang yang tidak tahu erti bergurau atau serius dalam bab bagi hadiah. Ape2 pon kite mesti jaga sensitiviti pengantin. Pada pendapat Ann, wedding ni 1 event yg suci. *ewah ;p* nama pon acara meraikan pengantin baru. So, tak semua benda boleh di bawa bergurau. Sebagai contoh:

Kes pertama
1 of my friend punye wedding. Dia excited bukak sampul duit daripada sorang kawan dia. TEBAL. Siap member dia tulis nama lagi kat sampul ok. Bukak2, ........ kertas tulis 'Selamat pengantin baru' Ko mesti ingat aku nak bg ko duit kan?haha Ok. nak nangis ke ketawa?

Kes kedua
1 of my client's wedding, then rapat jadik kawan ;) Kotak punye besau. Dalam kotak ada kotak. Dah macam nak bagi surprise bday present. Last2...cuba teka apa? Tupperware. 2 bijik yg DAH GUNA. Tsk tsk. Again, nak ketawa or sentap?

To me,daripada bg benda2 ntah ape2,siap bgtau nama, if tak sempat sangat nak beli hadiah, LEBIH BAIK salam kaut. Tak kisah la bg berapa2.Yg penting ikhlas. At least,duit2 daripada salam kaut tu la boleh buat pengantin mulakan hidup baru. Or kalau tanak bagi duit/hadiah, then datang je as a guest  & bawak badan dtg makan memeriahkan suasana. Itu sudah cukup buat pengantin.

~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~

Ok, dapat tak mesej yang cuba disampaikan oleh Ann tu? Yes..hadiah itu subjektif. Yang penting ikhlas. Janganlah pedajal orang macam kes pertama & kes kedua tu. Kalau niat nak bergurau pun, tak eloklah buat macam tu kan. Sentap hati mak nak kalau dapat barang2 gitu.Oklah, ni nak bagi hint sikit pasal hadiah. Bukan meminta2 ok, just bagi hint je supaya tak pening kepala kawan2 fikir nak hadiahkan apa masa wedding saya nanti.


Lepas kahwin nanti saya akan duduk di rumah kami which is baru lagi.Rumah baru, pepaham jela kan,serba serbi ada kekurangan lagi. Jadinya, barang2 rumah ialah gift yang paling ideal masa wedding saya nanti ;) . Tak kesah lah set pinggan mangkuk ke, set cawan ke, toaster ke, comforter set ke, rice cooker ke, iron ke, set periuk ke, blender ke, oven ke, kipas ke semua ni memang sangat2 berguna untuk rumah kami nanti. Apa yang penting, ikhlas kan. Bak kata Ann, tak bawak hadiah pun takpe, bawak badan datang makan memeriahkan suasana pun dah cukup buat pengatin :)




Ok, itu je yang nak share pagi ni. Have a great day~ :D



Inilah Ann masa wedding dia. Cantikkk kann?? Dia punya pelamin memang lain dari yang lain. Suka! Klik sini kalau nak baca blog dia, yang penuh dengan mesej2 best pasal wedding ;)



2 comments:

Masy said...

ape nk bg ena ni.... jap pk~

mardianaabubakar said...

ni pelamin ek???pelik jeee....tp nice!!!









Copyright to ERINA ASMAWANI
Designed by UMIESUEstudio 2015